Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

Ucapan PPD

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi yang telah memberikan kekuatan, kesihatan dan keselamatan kepada kita hingga dapat merealisasikan blog ini. Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menghasilkan blog ini. Melalui blog seperti ini diharapkan, semua warga pendidik mendapat ilmu dan kemahiran tambahan berkaitan dunia pendidikan. Semoga blog ini dapat menyuntik semangat kepada warga pendidik untuk meningkatkan..pencapaian..diri-masing-masing.

             Abad ke 21 ini telah menjanjikan pelbagai kemungkinan kepada kita. Kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) melahirkan fenomena globalisasi, “Dunia Tanpa Sempadan”. Untuk menikmati kejayaan berterusan dalam persekitaran globalisasi yang mencabar ini, kita perlu menyediakan dan melengkapkan diri para pelajar dengan pelbagai ilmu pengetahuan, kemahiran tinggi yang inovatif, memiliki jati diri dan beretika secara berterusan dalam usaha untuk meningkatkan keupayaan generasi muda dalam menangani perubahan dan cabaran dengan cekap dan berkesan.

Justeru itu, sama-samalah kita menjalankan tugas dengan penuh komitmen dan tanggungjawab agar dapat membantu merealisasikan visi dan misi organisasi masing-masing. Jadikanlah kepimpinan tuan-tuan dan puan-puan sebagai kepimpinan organisasi masa depan seperti yang gambarkan oleh Kouzes dan Posner:

“The domain of a leader is the future. The leader’s unique legacy is the creation of valued institutions that survive over time. The most significant contribution a leader made is not simply to today’s bottom line; it is to the long-term development of people and institutions so that they can adapt, change, prosper and grow

            Harapan saya agar blog ini dapat memberi aspirasi kepada kita semua untuk meningkatkan pencapaian akademik dan kokurikulum pelajar. Dengan cara ini para pelajar dapat mengekalkan kecemerlangan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan penglibatan dan rasa kepunyaan ibu bapa serta komuniti terhadap sekolah di daerah ini. Hubungan rapat dan mesra ini akan meningkatkan iklim pembelajaran yang kondusif yang faedahnya akan dinikmati oleh para pelajar.

 

 

Maklum Balas

Hubungi Kami

Pejabat Pendidikan Daerah Pendang
d/a Sekolah Kebangsaan Haji Abdul Rahman
06650 Simpang Empat
Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Tel: 04-7647919/23 || Fax: 04-7647925
Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

000400837
Hari ini
182

IP Anda: 54.166.188.64
Masa Pelayan: 2017-11-23 05:59:48
Go to top